Rangkaian terdiri daripada
dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti
pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara
elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian
telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared).
KEGUNAAN RANGKAIAN
1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan
pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail
muzik dan dokumen.
2. Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi
peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna
yang lain.
3. Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer
membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar
ISP untuk beberapa akaun.
4. Pengurusan perisian
berpusat
- Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian
boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client)
dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan
perisian.
5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar,
emel atau alat mesej segera (instant
messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk
menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian
kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya
di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).